Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mendedahkan, perbincangan mengenai pertukaran berkenaan telah dilakukan Ahli Parlimen Pagoh itu bersama Timbalan Presiden, Ahmad Faizal Azumu bersama beberapa ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini.
Selain itu, Muhyiddin berkata jawatan Setiausaha Agung ditawarkan kepada Azmin Ali.
Muhyiddin berkata demikian pada sidang akhbar selepas Konvensyen Bersatu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang, hari ini.
Bersatu akan mengadakan pemilihan parti antara 12 Okt dan 26 Okt, dengan ahli dan perwakilan parti akan memilih pemimpin di semua peringkat.
Sumber video: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/1018712412983640

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment