Write For Us

Pemimpin PKR minta polis siasat penasihat media Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
109 Views
Published
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mahu pihak polis menyiasat Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung tulisannya di blog yang didakwa menghina Raja-raja Melayu.
Merujuk tulisan Kadir di blog pada 30 Oktober lalu yang bertajuk 'Selamat Bertakhta Al Aminul Karim', Johari berkata, artikel itu boleh mencetuskan prasangka buruk terhadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Saya sebagai seorang wakil rakyat dari Kedah amat kecewa dengan tulisan Kadir ini, dalam memuji tetapi dalam masa yang sama tulisannya mengandungi unsur penghinaan terhadap baginda.
“Ini sangat berbahaya dan kita minta polis untuk menyiasat Kadir kerana perkara sebegini sangat meresahkan rakyat,” katanya yang juga adalah ADUN Gurun pada sidang akhbar di bilik media Parlimen hari ini.
Johari berkata, tulisan Kadir itu seolah-olah memberi gambaran bahawa Sultan Kedah seorang yang mengambil kesempatan untuk berniaga dan menyalahgunakan kedudukan baginda.
“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan artikel begini dan pastinya ramai akan baca sebab dia ada ramai pengikut.
“Sebagai wartawan, memang ada kebebasan media dan tulislah apa saja, tetapi kenalah ada etika.
“Kalau beliau ada masalah dengan Sultan, buat aduan rasmi dan bukannya menyindir menerusi penulisan yang boleh mencemari institusi diraja,” katanya.
Artikel itu juga disiarkan di Malaysiakini dengan tajuk "Kadir Jasin: Rakyat perlu tahu peruntukan belanja buat raja".
Sebelum ini Kadir turut mencetuskan kontroversi berhubung artikel tulisannya yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Johari juga memberitahu wartawan bahawa laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi membolehkan siasatan dibuat.
Malaysiakini juga sedang cuba menghubungi Kadir untuk mendapatkan ulasannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment