Write For Us

Pemimpin PKR Selangor tolak Mahathir calon PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Pemimpin-pemimpin PKR Selangor hari ini mula menyatakan penolakan mereka terhadap pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.
Mereka berpendapat pemilihan Mahathir menggambarkan parti itu tidak mampu menamakan calon sendiri.
Pemimpin wanita negeri dan pusat PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan beliau tiada sebarang isu peribadi dengan Mahathir, cuma tidak bersetuju dengan amalan "kitar semula” pemimpin.
Beliau mencadangkan Mahathir diberi peranan lain sebagai "menteri kanan".
Selepas perbahasan awam sekian lama, HARAPAN semalam mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri, manakala Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail pula menjadi timbalannya.
Sementara itu, Ketua Biro Komunikasi PKR Selangor Hizwan Ahmad pula menegaskan zaman baru memerlukan “tokoh segar” untuk membawa Malaysia keluar daripada “kepompong kerosakan” bawah pentadbiran BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment