Write For Us

Azmin tolak pandangan Zaid tentang Dr M pemimpin 'de facto'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Timbalan presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali menolak pandangan Datuk Zaid Ibrahim bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini adalah pemimpin de facto pembangkang.
Beliau berkata, Pakatan Harapan sudah mempunyai Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selaku ketua pembangkang.
"Kita ada ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan kita sedang membuat persiapan pilihan raya umum," kata Azmin kepada pemberita.
Dalam temu bual dengan Malay Mail Online, Zaid mencadangkan bahawa terdapat "persetujuan senyap" di kalangan pakatan pembangkang mengenai kedudukan Mahathir.
Zaid yang baru menyertai DAP Selasa lalu berkata hanya Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu dilihat dapat menyatukan pembangkang ketika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjalani hukuman penjara.
"Kita sudah ada pemimpin. Ia cuma tidak diperkatakan dan diisytihar. Tetapi Mahathir pemimpin de facto dan saya gembira," beliau dipetik sebagai berkata," beliau dipetik berkata.
Sementara itu mengulas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Mahathir penyebab kuasa politik Islam lemah, Azmin berkata ia hanyalah pandangan presiden PAS itu sahaja.
"Itu pandangan Hadi," kata Azmin ringkas.
Jumaat lalu Abdul Hadi pada satu ceramah di Marang dilapor menyalahkan Mahathir atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.
Menurut Hadi, kuasa politik Islam menjadi lemah walaupun Malaysia terdiri daripada 65 peratus umat Islam manakala orang bukan Islam hanya 35 peratus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment