Write For Us

Itu pandangan saya, bukan pembangkang - Zaid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Bekas menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim, dipanggil ke Bukit Aman, pagi tadi, bagi merakam percakapan berhubung kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter sebelum ini.
Zaid berkata, polis telah melakukan tugas dengan proffesional dan menjelaskan sekali lagi bahawa pendapatnya sebelum ini tidak mewakili sebarang parti namun pendapat peribadi.
Zaid yang hadir bersama peguam, diambil keterangan selama sejam bermula jam 10 pagi hingga 11.00 pagi tadi.
Terdahulu, Zaid berkongsi satu berita Malaysiakini dengan kapsyen berbunyi "Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar".
Kenyataan itu menurutnya adalah sebagai reaksi terhadap titah sultan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment