Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim berkata, rata-rata masyarakat Melayu kini telah menerima DAP dan akan menolak Umno pada pilihan raya umum akan datang.
Dalam kenyataan di blognya, Zaid berkata, warga Melayu mengundi calon-calon DAP di banyak kerusi separa bandar pada pilihan raya umum yang lalu.
Ini kerana orang Melayu tidak akan menunjukkan secara terang-terangan rasa tidak senang tetapi tidak akan mengundi Umno lagi.
Jelas Zaid, mereka mungkin tidak hadir ceramah DAP atau menyertai parti itu sebagai ahli tetapi mungkin memberi sokongan kepada DAP di peti undi.
Mengulas lanjut, Zaid berkata, jika pembangkang mahu memenangi pilihan raya umum akan datang, semua parti harus percaya untuk bekerjasama dengan DAP bagi memaksimumkan peluang membentuk kerajaan baru.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment