Write For Us

'Pemohonan pengampunan kerana percanggahan prinsip keadilan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan permohonan pengampunan dan pembebasannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilakukan kerana kes yang dibawa terhadapnya bercanggah dengan prinsip keadilan.
Beliau berkata demikian pada sidang media pertama selepas dibebaskan, di kediamannya di Bukit Segambut Dalam hari ini.
Beliau berkata Pengarah Penjara Sungai Buloh, Abdul Kadir Rais, telah memaklumkan bahawa beliau tidak perlu menandatangani sebarang surat kerana telah dibersihkan sama sekali daripada sabitan iaitu meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari pada 2008.
Pada sidang media itu, Anwar turut ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dan anak-anak mereka iaitu Nurul Izzah Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan Nurul Nuha.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment