Write For Us

Pemuda Umno cadang Zahid bercuti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
80 Views
Published
Pemuda Umno mencadangkan presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mempertimbangkan untuk bercuti susulan kes pendakwaan yang dihadapinya baru-baru ini.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki turut menafikan pemuda mendesak Zahid melepaskan jawatan ekoran kes terbabit dan menganggap berita itu tidak betul sama sekali.
Asyraf berkata demikian ketika sidang medianya, selepas mesyuarat bulanan sayap Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.
Minggu lalu, Zahid didakwa dengan 45 tuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah dan menerima suapan.
Bekas timbalan perdana menteri itu, yang mohon dibicarakan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin pada RM2 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment