Write For Us

Penduduk bimbang jalan rosak ancam nyawa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Penduduk bimbang jalan yang rosak teruk sepanjang enam kilometer boleh meragut nyawa pengguna jalan raya selain sudah beberapa kali menyebabkan kemalangan di Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.
Tinjauan NSTP mendapati jalan terbabit yang juga laluan utama penduduk di situ mengalami kerosakan teruk dan berlubang sedalam 0.4 meter malah ada beberapa kawasan yang sudah tidak boleh dilalui kenderaan.
Penduduk, Zabidah Ismail, 68, berkata keadaan itu berlaku akibat banjir yang melanda awal Disember lalu dan sehingga kini masih belum dibaik pulih biarpun sudah banyak kali membuat aduan.
Katanya, dia sendiri sudah beberapa kali melihat kereta yang tayarnya masuk ke lubang yang dalam menyebabkan kenderaan terbabit terperangkap dan mengalami kerosakan.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment