Write For Us

'Pengangguran dapat diatasi dengan ubah pemikiran rakyat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Menteri Sumber Manusia, M Saravanan yakin kerajaan dapat mengatasi kadar pengangguran yang tinggi dalam negara sekiranya rakyat yang masih menganggur mengubah pemikiran dengan menerima apa sahaja peluang pekerjaan sedia ada.

Saravanan berkata, sudah tiba masanya warga tempatan terlibat dalam sektor ‘pekerjaan 3D’ iaitu kotor, bahaya dan sukar daripada terus menganggur.

"Walaupun kita mengalami kekangan kewangan atau pun kelembapan ekonomi tetapi sekiranya rakyat Malaysia sedia menerima apa jua kerja yang diterima, asalkan pekerjaan itu dapat menampung sesuap nasi.

"Dan kalau kita boleh tukar pemikiran rakyat supaya menerima apa saja kerja yang mereka dapat, kita akan ada cukup peluang pekerjaan, "katanya dalam siaran langsung bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Facebooknya, semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment