Write For Us

Pengarah eksekutif Suaram disiasat di bawah Akta Hasutan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy hari ini disiasat polis di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung artikel yang didakwa mempertikaikan institusi diraja.
Artikel yang dimaksudkan adalah yang ditulis peguam Fadiah Nadwa Fikri yang menyentuh soal institusi diraja.
Sevan memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas disoal siasat oleh polis di ibu pejabat polis Brickfields hari ini.
Jelas Sevan, dia disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.
Tambah Sevan, siasatan ke atasnya adalah kerana artikel Fadiah diterbitkan di laman web Malaysia Muda, yang mana dia adalah penasihat kumpulan anak muda yang mengusahakan laman web berkenaan.
Sevan juga tidak menolak kemungkinan Fadiah akan dipanggil polis sekali lagi.
9 Julai lalu, artikel Fadiah bertajuk "Don't kiss the hand that beat you" (Jangan cium tangan yang pukul kamu) di laman web Malaysia Muda, yang memaparkan Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum PKR ketika itu, mencium tangan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Fadiah kemudian dipanggil polis untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1) AKta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sehari selepas disoal siasat, Fadiah dipanggil polis untuk memberi keterangan sekali lagi dan disiasat di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman.
Ia susulan himpunan solidariti yang dibuat bagi memberi sokongan kepadanya di hadapan ibu pejabat polis Brickfields ketika dipanggil kali pertama memberi keterangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment