Write For Us

Zamihan disiasat di bawah Akta Hasutan - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka terhadap pendakwah kontroversi Zamihan Mat Zin dan beliau sedang disiasat di bawah Akta Hasutan.
“Perkara itu di siasat di bawah Akta Hasutan, seksyen 4, kita akan laksanakan (siasatan),” katanya.
Fuzi berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri acara Breakfast Talk Integriti bertajuk “Kelestarian Keamanan Negara, Perspektif Integriti” di Pusat Latihah Polis (Pulapol) Kuala Lumpur hari ini.
Fuzi turut berkata, satu laporan polis telah dibuat ke atas Zamihan semalam.
Zamihan sebelum ini dilaporkan mengkritik Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana menolak dobi khas untuk umat Islam sahaja di Muar.
Sultan Ibrahim pada 27 September lalu mengarahkan kedai dobi kontroversi di Muar itu menghentikan dasar kontroversi itu atau berdepan risiko ditutup.
Menyifatkan langkah itu sebagai karut, baginda bertitah Johor adalah milik semua kaum dan agama serta bukan negeri Taliban.
Zamihan bagaimanapun dalam satu rakaman video berkata baginda tidak patut bertitah demikian kerana orang Cina tidak suci selepas membuang air besar.
Zamihan juga dilapor berkata beliau tidak gentar mengkritik pihak atasan termasuk sultan kerana “menjunjung kebenaran”.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment