Write For Us

Pengasas JJTPR, 2 orang kanan direman 3 hari

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Pengasas sindiket pelaburan JJ Poor To Rich (JJTPR) dan dua lagi direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas ditahan oleh Jabatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Mahkamah Klang hari ini.
Peguam, Jaya Prem berkata mereka yang berusia dalam lingkungan 30an ditahan berdasarkan satu laporan polis yang dibuat mangsa di Klang.
Terdahulu, polis menahan 3 ahli sindiket tersebut di 4.30 pagi tadi.
Dalam satu kenyataan, Pengarah JSJK Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata seorang daripada mereka yang turut dikenali dengan nama Johnson Lee Choong Sen disyaki berperanan sebagai dalang utama skim pelaburan terbabit dan dua yang lain berperanan selaku orang kanan serta pembantu peribadi.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap kesemua tahanan, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Honda Accord, 5 unit telefon bimbit, pelbagai dokumen berkaitan skim pelaburan JJTPR, buku cek, 11 keping kad debit dan kad kredit pelbagai bank dan wang tunai berjumlah RM20,936," katanya.
Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment