Write For Us

Pengerusi baru tekad pulihkan integriti MARA

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang baru dilantik, Datuk Dr Awang Adek Hussin mahu memberi fokus dalam memulihkan nilai-nilai integriti dalam pentadbirannya.
Tegas Awang Adek, badan berkanun kerajaan itu perlu diberi dan keutamaan dalam hal ehwal tadbir urus supaya nilai integriti dapat ditingkatkan sekaligus sekaligus mengelakkan tanggapan buruk daripada masyarakat.
"Hasil mesyuarat pertama saya tadi, saya menekankan dan fokus akan diberikan kepada gerak kerja dan tadbir urus MARA supaya dapat mengelakkan timbulnya persepsi buruk terhadap MARA pada masa hadapan," tegas Awang Adek dalam sidang media di Pejabat MARA, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat pertama beliau dengan kepimpinan tertinggi MARA.
Terdahulu, satu majlis taklimat dan penyerahan tugas telah diserahkan oleh Ahli Majlis MARA Datuk Dr Yusuf Yacob kepada Awang Adek sempena hari pertama melaporkan diri sebagai Pengerusi MARA yang baru.
Menurut Awang Adek, soal integriti menjadi elemen penting kepada MARA kerana pelbagai persepsi buruk boleh mengurangkan keyakinan rakyat kepada MARA.
Tambahnya lagi, soal integriti ini turut menjadi imej kepada dirinya memandangkan beliau banyak terlibat dalam bidang yang berkaitan pengurusan kewangan negara.
"Soal integriti ini penting bagi saya. Saya sebagai pegawai kanan kewangan negara, bekas timbalan menteri kewangan yang terlibat dengan banyak dengan hal ehwal kewangan, sudah tentu akan memastikan tadbir urus kewangan MARA dikendalikan dengan baik supaya tidak boleh menimbulkan persepsi," kata Awang Adek.
Awang merupakan bekas timbalan menteri kewangan dilantik sebagai Pengerusi MARA berkuat kuasa 1 September, namun hanya memulakan tugas rasminya hari ini ekoran cuti umum yang panjang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment