Write For Us

Pengerusi BERSIH, MP PKR didakwa lagi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dan aktivis Mandeep Singh dihadapkan ke di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur terhadap tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan Kita Lawan pada 2015.
Mereka yang minta dibicarakan, berdepan dengan tuduhan yang sama bagi kali kedua selepas dilepas tanpa dibebaskan pada 28 Ogos.
Majistret Ahmad Solihin membenarkan ikat jamin RM500 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 3 November depan untuk sebutan kes itu.
Maria, Sim dan Mandeep didakwa mengikut Seksyen 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan antara pukul 3.15 petang hingga 6 petang pada 28 Mac 2015, dari air pancut di Jalan Tun Perak ke Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Jika sabit kesalahan, mereka masing-masing boleh didenda RM10,000.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment