Write For Us

Pengguna positif terima kempen bebas plastik, polistirena, kata Exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Masalah kekurangan sumber akan dihadapi sekiranya penggunaan beg kertas diguna pakai sebagai alternatif bagi menggantikan beg plastik dalam usaha Kerajaan Negeri memulihara alam sekitar.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata sehubungan itu Kerajaan Negeri tidak mempraktikkan penggunaannya kepada pengguna dalam kempen bebas plastik dan polistirena dikuatkuasakan pada tahun ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
Berhubung kutipan caj 20 sen, Wong berkata, ia dikutip peniaga seperti mana penjualan barangan atau produk lain apabila Kerajaan Negeri menggalakkan pihak peniaga untuk melaksanakan program pemuliharaan alam sekitar, pembersihan sungai atau pantai.
Sebagai contoh program pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan Pasaraya Speedmart 99 menyumbang kira-kira RM1 juta kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) serta Pasaraya Giant menjalankan program sendiri dikenali “Sentuhan Hijau” membabitkan aktiviti kepenggunaan dan alam sekitar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment