Write For Us

RM1.87 juta kutipan beg plastik caj RM0.20 sen - Exco

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata sebanyak RM1.87 juta dikutip peniaga seluruh negeri berhubung pelaksanaan caj RM0.20 sen penggunaan beg plastik di Selangor.
Katanya, jumlah itu melibatkan kutipan peniaga yang memfailkan laporan perniagaan kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh sehingga Mei lalu.
“Setakat Mei, sebanyak RM1,871,547.55 berjaya dikutip peniaga seluruh negeri yang menghantar laporan kutipan caj RM0.20 sen beg plastik itu.
“Sementara itu, jumlah perolehan peratusan kutipan daripada cas berkenaan di pasaraya adalah 63.98 peratus dan premis makananan sebanyak 36.02 peratus,” katanya.
Pada masa sama, Elizabeth berkata, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM213.678.30 bagi perbelanjaan kempen larangan penggunaan beg plastik sejak ia mula dilancarkan, awal tahun lalu.
Katanya, ia melibatkan jumlah perbelanjaan media sosial, pembelian poster pelbagai bahasa, pembelian banting untuk kempen dan pemberian beg percuma sebagai langkah promosi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment