Write For Us

Penggunaan teknologi 5G beri kesan besar kepada ekonomi negara

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
72 Views
Published
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata penggunaan teknologi generasi kelima atau lebih dikenali sebagai teknologi 5G akan memberi kesan yang besar kepada ekonomi Malaysia.
Beliau berkata penggunaan teknologi itu juga akan memberi kesan pada cara kita mencorak masyarakat yang bersedia menghadapi ekonomi masa depan dalam menuju Revolusi Industri Keempat (IR4.0).
Beliau berkata Malaysia harus menerajui dan membuktikan bahawa kita bukan sahaja dapat membangunkan infrastruktur yang boleh melaksanakan teknologi 5G malah kita boleh berjaya dalam semua aspek industri yang akan bergantung kepada teknologi baharu itu pada masa depan.
Pameran Teknologi 5G yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 April lalu, merupakan kesinambungan perjalanan Multimedia Super Corridor (MSC) yang bermula 23 tahun lalu dan ia merupakan manifestasi kejayaannya.
Ujian teknologi baharu itu di Cyberjaya dan Putrajaya merupakan projek rintis selama enam bulan bermula awal bulan ini.
Gobind berkata Malaysia perlu bersedia dan menaruh keyakinan bahawa Malaysia boleh menjadi hab dalam penggunaan teknologi 5G serta menjadi contoh kepada negara lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment