Write For Us

'Sabitan Lena beri kesan kepada tayangan di universiti juga’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini bahawa sabitan kesalahan ke atas aktivis Lena Hendry berhubungan tayangan sebuah filem mempunyai implikasi lebih luas, termasuk menghalang penggunaan filem sebagai alat pendidikan di institusi pengajian tinggi.
Lena pada 21 Februrai lalu disabitkan dengan kesalahan melanggar Akta Penapisan Filem kerana menayangkan filem "No Fire Zone, Killing Fields of Sri Lanka" pada bulan Julai 2013 tanpa kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia.
"Ini menjadikannya satu precedent yang sangat negatif kerana ia menanamkan budaya takut dan tapisan sendiri, malah ahli akademik juga akan menjadi takut menayangkan filem untuk tujuan pendidikan," kata Lena.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di pejabat Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.
Memorandum itu diterima oleh Pesuruhjaya Suhakam Datuk Mah Weng Kwai yang berkata pihaknya akan meneliti kes berkenaan sebelum mengemukakan sebarang cadangan.
Lena boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM30,000. Hukumannya itu dijadualkan pada Rabu depan.
Beliau sebelum ini menayangkan filem itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor sebagai sebahagian daripada acara anjuran NGO Pusat Komas, yang adalah bekas majikannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment