Write For Us

Penjara 11 tahun, denda RM312,539

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
168 Views
Published
Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali Benjy, dihukum penjara 11 tahun selepas didapati bersalah menyeludup dadah jenis kristal methamphetamine dalam duburnya ketika berkunjung ke pulau Sumatera April lalu.
Memetik laporan AFP, selain hukuman itu, ketua hakim, Prasetyo Wibowo mengarahkan aktor berusia 38 tahun itu membayar denda berjumlah AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.
Hukuman penjara itu lebih rendah berbanding 14 tahun dicadangkan pendakwa raya selain terlepas dari hukuman mati.
Benjy, anak sulung pelakon lagenda Malaysia, Allahyarhamah Azean Irdawaty yang meninggal dunia akibat kanser pada 17 Disember 2013.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment