Write For Us

Penjenamaan semula BN: Zahid senarai 5 entiti bakal anggota

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Dalam teks ucapan panjang Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2018 malam ini, beliau mendedikasikan satu bahagian dari tujuh kesemuanya untuk menyentuh tentang kerjasama politik Umno di masa akan datang.
Pada 'Teras Kelima' bertajuk 'muafakat politik', Zahid menegaskan bahawa pintu Umno sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan sebarang parti politik, "asalkan prinsip Umno tidak tergadai".
Justeru, kata Zahid, bagi tujuan itu, BN akan "dijenamakan semula" sebaik rundingan dengan rakan komponen sedia ada diselesaikan.
Menghuraikan penjenamaan semula itu, Zahid menyenaraikan lima entiti yang akan menyertai gabungan itu.
Selain parti teras Umno, MCA, MIC, MyPPP, dan PBRS, Zahid berkata gabungan itu juga akan disertai oleh "parti gabungan lain yang memahami aspirasi dan idealisme bersama".
Entiti ketiga, jelas Zahid adalah "parti politik mesra Umno yang selama ini banyak membantu dan menyokong".
Entiti keempat pula adalah "Badan Bukan Kerajaan (NGO)". Sementara entiti kelima adalah "Individu ahli langsung iaitu pendekatan di mana individu boleh menjadi ahli BN tanpa melalui mana-mana parti politik.
Zahid berucap di hadapan perwakilan sayap Umno yang terdiri daripada Pemuda, Wanita, dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putera di Kuala Lumpur.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment