Write For Us

Penuntut Nigeria dipenjara kerana 'sogok' polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Seorang penuntut institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) warga Nigeria yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana menyogok polis supaya tidak mengambil tindakan terhadap dirinya.
Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian selepas tertuduh, Ihebom Obinna Edward, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.
Dia didakwa memberi suapan wang RM4,000 kepada Lans Koperal Joyner Joel Jaudas yang bertugas di Balai Polis Bandar Sunway supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Perbuatan itu dilakukan di balai polis berkenaan kira-kira jam 8 malam, 28 April lalu.
Justeru, dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment