Write For Us

Penyokong beratur, tidur stadium, TMJ 'jenguk' beri makanan 'free'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
125 Views
Published
Perlawanan Piala sumbangsih 2018 bakal berlangsung malam ini di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Kedah.
Seperti tahun sebelumnya para penyokong JDT sanggup beratur dan tidur untuk mendapatkan tiket yang mula dijual pada pagi tadi.
Tapi buat penyokong yang hadir bermalam di stadium malam tadi ada kejutan yang tidak disangka-sangka apabila pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim datang membuat lawatan mengejut.
Ternyata bukan hanya melawat Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut memberi sumbangan makanan untuk diagihkan kepada para penyokong setia JDT.
Perlawanan malam ini ibarat ulangan Piala Sumbangsih 2017 yang mana Kedah memenangi perlawanan menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment