Write For Us

Penyokong mula memenuhi stadium

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
110 Views
Published
Hujan lebat sejak jam 1 petang pada Sabtu 2 November tidak menghalang puluhan ribu penyokong Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) walaupun Final Piala Malaysia berlangsung kira-kira lapan jam lagi.

Tinjauan di sekitar perkarangan SNBJ mendapati laluan masuk mulai sesak dengan berpusu-pusu mahu meletakkan kenderaan berhampiran stadium berikutan keadaan hujan.

Mujur anggota dan pegawai polis yang ditugaskan mengawal keadaan dan beberapa kenderaan dilihat ditunda kerana menghalang laluan.

Selain itu, ada antara penyokong yang sudah tiba di perkarangan stadium sejak jam 8 pagi ini selepas mengharungi lima jam perjalanan dari destinasi masing-masing.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment