Write For Us

'Perang mulut' Loke-Shahidan hangatkan Dewan Rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Seremban, Anthony Loke menyelar cara pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dilakukan secara manual di Perlis dan Perak, yang dilihat menyusahkan rakyat berbanding negeri-negeri lain yang memberi bantuan itu secara terus melalui akaun penerima masing-masing.
Loke kemudian menunding jari kesalahan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang merupakan ahli Parlimen kawasan Arau, dengan mendakwa pemimpin Umno itu memberi arahan supaya BR1M dibayar secara manual kepada rakyat Perlis.
Namun, Shahidan bangun mencelah menafikan tuduhan Loke sambil meminta kenyataan pemimpin DAP itu ditarik balik.
Shahidan menjelaskan pemberian BR1M secara manual dilakukan adalah yang terbaik kerana penerima boleh dapat bantuan itu dengan hanya mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam, walaupun negeri itu hanya memiliki 4 bank BSN untuk 52,000 penerima.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment