Write For Us

'Perang mulut' Khalid-Othman hangatkan Dewan Rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
114 Views
Published
Sidang Dewan Rakyat petang ini kecoh dengan perkataan 'bodoh' apabila seorang ahli parlimen kerajaan dan pembangkang bertelagah dalam isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Semuanya bermula selepas Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memberi laluan celahan kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Kemudian, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Othman Abdul bangun mencelah mempertikaikan kenyataan Khalid berhubung isu GST dan BR1M.
Pertelagahan timbul apabila Othman menyifatkan kenyataan Khalid sebagai 'bodoh'.
Bagaimanapun, Noor Azmi bangun bersuara meminta pencerahan kepada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee seolah-olah mahu meminta campur tangan kerana ketika itu gilirannya berucap.
"Datuk Seri Speaker, siapa yang nak berbahas ni?" soal Noor Azmi.
Namun, pertelagahan itu berjaya dileraikan Timbalan Speaker lalu menegur agar tidak menggunakan perkataan 'bodoh' ketika berbahas dalam Dewan Rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment