Datuk Seri Najib Razak menggesa pihak mahkamah dan polis untuk mempercepatkan proses pemulangan dana berjumlah RM116.7 juta yang dirampas daripada kediamannya pada Mei lalu, yang menurut bekas perdana menteri itu adalah kepunyaan Umno.
Beliau mengulas laporan berita bahawa mahkamah telah menetapkan 11 Februari untuk mendengar permohonan polis dan kerajaan bagi membatalkan tuntutan Umno berhubung dana itu.
“Umno memerlukan dana ini untuk aktiviti politik dan operasi bulanan mereka serta untuk membayar bil-bil Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang masih belum dijelaskan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Najib mendakwa pihak polis juga masih tidak bersedia untuk memberi dokumen-dokumen mengenai sitaan itu termasuk salinan laporan polis yang menjadi asas sitaan berkenaan.
“Dipercayakan bahawa laporan polis ini ialah laporan polis bertarikh 12 Disember 2014 yang dibuat oleh (bekas ahli Umno) Khairuddin Abu Hassan.
“Mengapa serbuan bulan Mei 2018 iaitu tujuh bulan dahulu, dibuat berdasarkan laporan polis dari tahun 2014?” soalnya sambil menambah soalan itu perlu ditanya kepada kerajaan Pakatan Harapan.
Bekas perdana menteri itu berkata dana RM116.7 juta berkenaan adalah di Pavilion Residences di Kuala Lumpur hanya dua hari sebelum ia dirampas.
“Setiap parti politik di Malaysia ataupun di seluruh dunia ada dana pilihan raya parti mereka masing-masing yang disumbang oleh penyokong-penyokong kepada parti.
“Perbelajaan pada masa pilihan raya kebanyakkan di dalam bentuk wang tunai. Ini amalan dari dulu lagi termasuk dalam era perdana menteri ke-4 (Dr Mahathir Mohamad),” katanya.
Najib berkata sebelum ini beliau pernah mendedahkan bagaimana Mahathir memindahkan RM1.4 bilion dana Umno kepada penggantinya selepas meletak jawatan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment