Write For Us

Perceraian: Kanak-kanak juga perlu peguam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Jawatankuasa Pemandu Undang-undang Syariah bawah Wanita Umno mencadangkan kanak-kanak – yang ibu bapa mereka di ambang perceraian – disediakan peguam yang dilantik Mahkamah Syariah.
Pengerusi jawatankuasa itu Datuk Azizah Mohd berkata cadangan itu bertujuan membela golongan itu.
"Selama ini kalau berlaku kes di mahkamah melibatkan suami isteri, kebiasaannya peguam hanya kepada suami atau isteri, tetapi anak-anak terbiar.
"Siapa akan membela nasib dan kebajikan mereka (anak tersebut)?
“Jadi kita nak lihat kanak-kanak itu terbela supaya mereka ada wakil undang-undang untuk bela dan melindungi hak anak itu," katanya yang juga timbalan menteri pembangunan wanita dan keluarga.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.
Menurut Azizah, mesyuarat hari ini dihadiri ketua-ketua hakim syariah negeri-negeri, wakil Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta peguam-peguam syarie dan ahli politik.
Jawatankuasa itu ditubuhkan susulan resolusi Sidang Meja Bulat Syariah yang diumumkan Perhimpunan Agung Wanita Umno tahun lalu.
Sementara itu, Azizah berkata cadangan hari ini akan dibincangkan lagi dengan pelbagai pihak dan perlu melalui “proses yang panjang”.
Katanya lagi, jawatankuasa juga bersetuju dengan tiga resolusi iaitu penyeragaman undang-undang syariah, memperkasakan akta berkaitan warisan harta pusaka serta pemerkasaan mahkamah syariah.
"Kita bincang banyak tadi.
“Salah satu perkara untuk pemerkasaan mahkamah syariah ialah undang-undang berkaitan keluarga yang perlu ditambah baik dan dikaji," katanya tanpa mendedahkan butiran lanjut perbincangan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment