Tindakan PAS mengisytiharkan DAP sebagai musuh utama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) menunjukkan parti itu 'sesat' dalam berpolitik selain ia akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Sebagai bekas sekutu DAP, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menganggap tindakan PAS sebagai tidak masuk akal.
"Bukan sahaja dengan PKR, dia putus dengan semua kecuali Umno.
"Terpulang kepada rakyat melihat perjuangan politik yang saya sebut tadi sudah sesat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media semalam.
Beliau mengulas kenyataan Perwakilan PAS Pulau Pinang Yusni Mat Piah yang dilaporkan sebagai berkata bahawa BN bukan lagi musuh utama PAS pada PRU-14 sebaliknya ia adalah DAP kerana secara jelas menentang agenda Islam.
Pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Ke-63 di Kedah semalam, Yusni turut menganggap Pakatan Harapan (HARAPAN), yang dianggotai DAP, Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sebagai musuh utama parti Islam itu.
- PAS tentang GST tapi serang DAP, kata Guan Eng
Terdahulu, Lim mempersoalkan sikap PAS yang lantang mengkritik Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) tetapi tidak mahu menentang BN.
Sebaliknya, kata Lim, parti Islam itu menghalakan serangan itu kepada DAP.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment