Write For Us

'Perkataan "sial" kalau di kampung boleh cetus pergaduhan besar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
150 Views
Published
Ahli Parlimen BN-Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata perkataan 'sial' dalam konteks di perkampungan, jika diungkapkan boleh mencetuskan pergaduhan besar.
Tajuddin merujuk kepada Ahli Parlimen Amanah-Shah Alam, Khalid Samad yang menggelarkan dirinya sebagai 'sial' di luar Dewan Rakyat, semalam.
Tajuddin juga turut menyelar pihak media yang disifatkannya berat sebelah apabila tidak bertanyakan mengapa Khalid bertindak berbuat demikian.
Terdahulu, Tajuddin akan menyaman Khalid bagi menuntut permohonan maaf dan menarik balik perkataan 'sial' terhadapnya.
Semalam, Khalid mengeluarkan perkataan itu selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (DAP-Seputeh) wanita yang mempunyai nama dengan perkataan 'Kok' di Seputeh.
Bagaimanapun, gurauan tersebut menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dengan beberapa anggota Parlimen pembangkang mengeluarkan kata-kata kesat termasuk Khalid yang berkata 'sial'.
Kekecohan itu bagaimanapun ditenangkan Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee dengan membuat penetapan bahawa perkataan 'Kok' adalah merujuk kepada nama Teresa dan bukan bermaksud perkataan lain.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment