Write For Us

Persatuan tuntut keadilan buat Beng Hock anjur 'walk of justice' ke pejabat PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
4 Views
Published
Persatuan Teoh Beng Hock Untuk Kemajuan Demokrasi (TBH-ADA) berkata ia mereka akan mengadakan "walk of justice" selama tiga hari dari Plaza Masalam di Shah Alam di tempat kejadian berlaku ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya untuk menuntut keadilan daripada kerajaan perpaduan.

Pengerusinya, Ng Yap Hwa berkata, mereka akan berjalan kaki dari 13 hingga 15 Julai dan akan berhenti di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bukit Aman dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ng berkata persatuan itu akan menyerahkan memorandum kepada wakil ketiga-tiga agensi kerajaan itu dengan senarai tuntutan mereka, termasuk meminda Seksyen 30 Akta SPRM untuk mengehadkan masa soal siasat serta menggubal undang-undang anti-penyiksaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment