Write For Us

PM setuju siasat semula kematian Beng Hock

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahatir Mohamad bersetuju membuka semula siasatan kematian bekasp pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Bercakap kepada media pada sidang media khas di ibu pejabat DAP petang tadi, Guan Eng berkata ia telah disahkan oleh jemaah kabinet dalam mesyuarat kabinet petang tadi.
Pada 16 Julai 2009, Teoh ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat sembilan bangunan di Shah Alam yang ketika itu merupakan ibu pejabat SPRM Selangor, di mana Teoh ditahan semalaman untuk soal siasat.
Teoh merupakan pembantu politik kepada ADUN Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah.
Pada 2014, Mahkamah Rayuan menolak keputusan terbuka yang dibuat koroner berhubung kematian Teoh, dan sebaliknya memutuskan Teoh mati selepas jatuh dari bangunan yang disebabkan tindakan menyalahi undang-undang oleh seorang atau beberapa orang yang tidak dikenali, termasuk pegawai SPRM.
Susulan itu, SPRM telah bersetuju membayar saman RM600,000 kepada keluarga Teoh.
Mahkamah juga mengarahkan polis menyiasat kematian berkenaan.
Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara memutuskan bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian Teoh.
Pakatan Harapan sebelum ini berikrar untuk menyiasat kematian Teoh dengan menubuhkan Siasatan Diraja dalam 100 hari selepas mengambil alih kerajaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment