Write For Us

'Perubahan tak dapat dielakkan', kata persatuan selepas gugur Siti Hasmah

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
92 Views
Published
Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas penaungnya Tun Dr Siti hasmah Mohd Ali, dan berkata sudah tiba masanya untuk persatuan itu memandang ke hadapan.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden persatuan terbabit, Muhd Iqbal Sulaiman berharap kini adalah masa untuk menetapkan bagi meningkatkan pencapaian termasuk melayakkan diri ke Temasya Paralimpik Tokyo 2020
Isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu digugurkan daripada jawatan penaung selepas rombakan jawatankuasa Disember lalu.
Pembantu peribadinya Rozlina Jamaluddin berkata, persatuan terbabit menyerahkan surat bertarikh 28 Disember yang memaklumkan perkara itu, di pejabatnya pada 22 Januari lalu.
Muhd Iqbal berharap pihak yang mengkritik langkah pihaknya agar dapat memahami yang persatuan itu berhasrat untuk menjadi lebih progresif dan "perubahan tak dapat dielakkan".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment