Write For Us

Peruntukan RM280.25b untuk bajet 2018 - Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
138 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mencadangkan peruntukan RM280.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dalam Bajet 2018 untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat di sini, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak RM234.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
"Ini tidak termasuk simpanan luar jangka RM2 bilion," katanya.
Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan, katanya.
Beliau berkata sebanyak RM119.82 bilion adalah untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap manakala perbelanjaan lain pula diperuntukkan RM1.08 bilion dan RM577 juta untuk pembelian aset. Di bawah peruntukan pembangunan, Najib berkata sektor ekonomi menerima agihan tertinggi iaitu sebanyak RM26.34 bilion.
Sektor sosial menerima sejumlah RM11.72 bilion, sektor keselamatan diperuntukkan RM5.22 bilion dan sektor pentadbiran am RM2.72 bilion, katanya.
Najib berkata kutipan hasil kerajaan Persekutuan bagi tahun 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.
Kerajaan tetap komited untuk melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dan memastikan kedudukan kewangan kerajaan terus kukuh serta paras hutang kekal rendah bagi tempoh jangka sederhana dan panjang, katanya.
Najib berkata Bajet 2018 yang digubal adalah yang paling penting kerana ia merupakan satu rumusan kepada prakarsa-prakarsa yang telah memacu ekonomi negara semenjak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.
Ia sebetulnya juga menjadi antara 'report card' utama kepada rakyat dan kerajaan pimpinan saya, sepanjang dua penggal tempoh pentadbiran kerajaan ini, katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment