Write For Us

Perwakilan S'rawak undang tawa, tawar diri tanding tempat Mahfuz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Perwakilan PAS dari Sarawak, Hamdan Sani undang ketawa para perwakilan apabila menawarkan diri untuk bertanding dikerusi Parlimen Pokok Sena.
Beliau meletakkan harapan besar kepada kepimpinan parti supaya memilih calon Bumi Kenyalang itu untuk bertanding di kerusi boleh menang dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.
Menurutnya, saranan itu dikemukakan bertujuan supaya ada suara yang dapat mewakili masyarakat Sarawak daripada PAS di Parlimen.
"Masalah rakyat dan isu pentadbiran di Sarawak akan lebih didengari atau wakil rakyat PAS Sarawak (yang) boleh bercakap di parlimen.
"Oleh demikian, kami mencadangkan agar boleh dipertimbangkan calon dari Sarawak untuk bertanding di kerusi Parlimen yang boleh menang di Semenanjung Malaysia," katanya pada sesi membahas ucapan dasar presiden PAS, pada Muktamar tahunan PAS Ke-63 di Alor Setar, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment