Write For Us

Perwakilan Wanita PKR cadang had umur kahwin 20 tahun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Seorang perwakilan di Kongres Nasional Tahunan Wanita PKR 2018 mahu kerajaan membuat pindaan terhadap had umur perkahwinan kepada 20 tahun ke atas bagi membanteras perkahwinan kanak-kanak.
Pembahas Selangor, Ermeemarianna Saadon, 41, berkata wanita di usia muda sepatutnya melanjutkan pelajaran ke menara gading dan bukan mengendong anak.
Tambah Ermeemarianna, menurut angka yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri terdapat seramai 1,845 wanita dibawah umur 18 tahun melangsungkan perkahwinan di negara ini.
Isu perkahwinan kanak-kanak menjadi perhatian selepas seorang peraih getah berusia 41 tahun di Kelantan mengahwini seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, baru-baru ini, mencetuskan persoalan apabila ia disifatkan bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2016 dan Enakmen Keluarga Islam
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment