Write For Us

Sultan Selangor sokong cadangan naikkan had umur kahwin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menzahirkan persetujuan baginda terhadap cadangan kerajaan Selangor meminda umur minimum umur bagi seseorang wanita berkahwin dinaikkan kepada 18 tahun.
Had umur minimum bagi seseorang perempuan berkahwin mengikut peraturan sedia ada ialah 16 tahun.
Titah Sultan Selangor pindaan tersebut harus dilakukan kerana baginda bimbang terhadap kesan perkahwinan bagi seseorang perempuan yang terlalu muda di kalangan masyarakat.
Baginda bertitah pada sesi pembukaan persidangan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 di Shah Alam hari ini.
Ia adalah permulaan sidang bagi DUN Selangor untuk kali pertama sejak pilihan raya umum (PRU) berlangsung pada 9 Mei lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment