Write For Us

PH tewas dua PRU lagi? PKR akan terus lawan untuk menang - Adam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
34 Views
Published
Adam Adli yang menang pertandingan ketua Pemuda PKR (AMK) baru-baru ini berkata walaupun keadaan politik dilihat sukar namun sekarang bukan masanya untuk parti itu mengalah dan berputus asa.

“Adalah bagus untuk mempunyai sifat merendah diri - tidak terlalu yakin memasuki PRU15, apalagi mengetahui bahawa kita mempunyai segunung cabaran di hadapan kita. Itu bagus tetapi (ia) tidak sepatutnya melemahkan semangat kami,” kata bekas aktivis pelajar itu kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Dia mengulas kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar sebelum ini yang berkata Pakatan Harapan diramalkan tewas pada dua lagi pusingan PRU sebelum menguasai Putrajaya.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/624482
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment