Write For Us

PH tidak lagi kuasai ruang digital - Kajian

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Populariti pemimpin politik utama negara di media sosial berubah secara drastik selepas PRU ke-14, dengan bekas perdana menteri Najib Razak kini mendahului jauh di depan.
Menurut kajian firma pengiklanan Nobleman Creations, ia diukur melalui analisis terhadap "perhubungan keseluruhan (total engangement)" dan peningkatan "likes" di laman Facebook mereka, dengan perbandingan data antara Mei 2018 dan Januari 2019.
Nobleman Creations memerhati laman Facebook Najib, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
"Dalam aspek reaksi keseluruhan, komen dan kongsian, laman Facebook Najib jauh lebih baik berbanding ahli politik utama yang lain.
"Sejumlah 6.7 juta reaksi, komen dan kongsian yang dikumpul Najib pada Januari lebih banyak daripada jumlah reaksi, komen dan kongsian diraih Mahathir sepanjang Mei lalu, ketika PRU diadakan," kata firma itu.
Bagi Mahathir pula, "perhubungan keseluruhan" di laman Facebooknya telah menurun sebanyak 96.92 peratus pada Januari.
Ia juga mendapati peningkatan bilangan "likes" di laman Facebook Mahathir, Anwar dan Hadi telah berkurang secara dramatik, tetapi keadaan berbeza untuk Najib.
Ketika dihubungi, CEO Noblemen Creations Na'im Brundage berkata Pakatan Harapan (PH) yang dulunya menjadikan sesuatu perkara tular - seringkali dengan menggunakan kontroversi - kini tidak lagi boleh berbuat demikian kerana memegang kuasa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment