Write For Us

Pihak berkuasa di negara lokasi persembunyian Jho Low tidak ikhlas bantu KPN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
76 Views
Published
Usaha membawa pulang Low Taek Jho atau Jho Low dari lokasi persembunyiannya di luar negara, berdepan kesukaran berikutan negara terbabit tidak memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pelbagai usaha diplomasi sudah dilakukan beliau dan pasukannya, namun pihak berkuasa di negara lokasi persembunyian Jho Low seolah-olah tidak ikhlas dalam membantu Malaysia memberkas ahli perniagaan dalam buruan itu, walaupun ada perjanjian ekstradisi dengan negara terbabit.
Meskipun kecewa dengan tindakan pihak berkuasa negara itu, beliau berkata, usaha membawa pulang Jho Low tetap dilakukan secara serius melalui pelbagai cara.
Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin 23 Disember.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment