Write For Us

PKPB: Tiga premis diarah tutup

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Tiga premis telah diarah tutup sementara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana ada dalam kalangan pekerja yang didapati positif Covid-19, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, premis yang diarah tutup adalah sebuah kilang ayam di Negeri Sembilan, sebuah pasar raya di Selangor dan sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

"Jika berlaku dan ada kes positif Covid-19 dalam kalangan pekerja serta Kementerian Kesihatan (KKM) merasakan perlu untuk ditutup premis perniagaan itu, maka pihak kerajaan akan arahkan premis itu ditutup.

"Kita tutup untuk buat saringan ke atas pekerja dan seterusnya buat sanitasi di premis perniagaan itu," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

https://www.malaysiakini.com/news/524862
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment