Write For Us

Sultan Johor: Tutup semua premis haram, termasuk tahfiz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Susulan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis yang beroperasi secara haram di negeri itu.
Ia bagi memastikan kejadian menyayat hati itu tidak berlaku di Johor, katanya lagi.
“Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka.
"Semua pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen, permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook semalam.
Justeru Sultan Ibrahim menggesa Jabatan Bomba dan Penyelamat segera membuat pemeriksaan secara menyeluruh bagi mengenal pasti sekolah yang berisiko tinggi berlaku kebakaran, termasuk madrasah, pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kebakaran awal pagi semalam meragut nyawa 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz itu dan menjadi perhatian seluruh negara.
Ia merupakan tragedi kedua terburuk, selepas kebakaran di asrama Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, juga dikenali sebagai Pondok Pak Ya, di Padang Lumat, Yan, Kedah, pada 1989 yang mengorbankan 27 pelajar.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan ucapan takziah terhadap keluarga mangsa kebakaran pusat tahfiz berkenaan.
"Saya amat sedih dengan tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. Tragedi itu amat menyayat hati.
“Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa," kata baginda lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment