Write For Us

PKR: Cadangan calon PM belum muktamad

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Mesyuarat Biro Politik PKR yang ditunggu-tunggu semalam gagal membuat keputusan muktamad sama ada parti itu bersedia menyokong cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara.
Selepas mesyuarat yang memakan masa kira-kira tiga jam di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu 'menutup mulut' ketika ditanya wartawan tentang soal itu.
Sebaliknya pengarah komunikasinya Fahmi Fadzil membaca kenyataan yang disediakan awal.
Kenyataan rasmi itu tidak menyebut tentang usul melantik Mahathir memegang jawatan itu.
Kenyataan itu hanya menyatakan yang cadangan calon perdana menteri yang dikemukakan ketika pemukiman Pakatan Harapan (HARAPAN) minggu lalu memang dibincangkan dalam mesyuarat.
"Memandangkan cadangan tersebut belum diangkat secara rasmi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan, dan mengambil kira sejarah serta prinsip perjuangan reformasi, maka Biro Politik PKR mengambil keputusan meneruskan perbincangan berkenaan cadangan ini untuk memastikan ianya terbaik buat Malaysia," kata kenyataan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment