Write For Us

Plot halang Anwar jadi PM: Saifuddin mahu MP Kapar kemuka bukti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
85 Views
Published
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengulangi pendirian Pakatan Harapan bahawa peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diteruskan sebagaimana yang dipersetujui sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Ketika ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan ahli parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang mendakwa terdapat plot untuk halang Anwar jadi Perdana Menteri beliau mengambil pendirian yang sama dengan Mahathir iaitu harus mengemukakan bukti sekiranya dakwaan itu berasas.
Abdullah Sani ketika siri kempen pemilihan parti PKR minggu lalu yang mendakwa terdapat plot dikalangan Mahathir, Tun Daim Zainuddin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad semalam ketika ditanya mengenai isu terbabit meminta pihak yang mendakwa supaya tampil mengemukakan bukti jika benar dakwaan terdapat usaha menghalang Anwar menjadi penggantinya.
Dalam masa yang sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP) itu turut menafikan kenyataan Abudllah Sani itu mengakibatkan keadaan partinya porak peranda.
Saifuddin ditemui ketika sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 2018 yang berlangsung di Sunway Pyramid Convention Centre.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment