Write For Us

PM bukan Nabi, boleh saja ditegur - Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata rakyat boleh meluahkan kemarahan kepada kerajaan, terutamanya kepada Perdana Menteri, dengan cara teguran.
Bagaimanapun, kata Annuar, bila sampai tibanya mandat pilihan raya, rakyat perlu memikirkan soal asas tanpa mengikut sentimen emosi dan perkauman.
"Kita jangan asyik bercakap tentang isu. Kita cakap isu, kita tertinggal soal dasar, soal pokok. Isu tak habis, contoh 1MDB, GST, soal personaliti takkan habis. Kita mesti menggalakkan rakyat dan masyarakat memikirkan soal asas yang kukuh.
"Kita boleh marah pada kerajaan, kita boleh tegur kerajaan, tapi bila time sampai nak beri mandat dalam pilihan raya, kita mesti kembali memikirkan soal asas. Umno dan BN bukan perfect government. Perdana Menteri kita juga bukan maksum, bukan Nabi. Boleh saja ditegur. Tetapi dalam soal mandat, itu satu perkara besar kita tidak boleh ikut sentimen emosi dan sentimen perkauman.
"Kita tidak boleh biarkan negara kita dipimpin satu gabungan rapuh macam Pakatan Harapan, sangat merbahaya kepada negara bangsa. Satu Pakatan yang tidak ketentuan apa dasarnya, ketuanya, kita tidak boleh mempergadaikan nasib sebuah bangsa satu negara dengan memberi mandat kepada Pakatan rapuh itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas selesai merasmikan mesyuarat perwakilan UMmno Bahagian Tambun di Ipoh pada Ahad.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment