Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan pembangkang pembohong apabila mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan RM1 juta bagi membangunkan aplikasi yang gagal berfungsi dengan baik.
Sebaliknya, menteri Wilayah Persekutuan berkata, aplikasi telefon pintar itu hanya menelan belanja RM80,000 dan masih dipertingkatkan dari masa ke semasa.
"Yang mereka kata kita keluar RM1 juta itu pembohong. Sebenarnya kita belanja RM80,000 sahaja.
"Dan ia masih dalam pembangunan dan akan di tingkatkan lagi. Ini semua pembohongan pembangkang," kata Tengku Adnan ketika diminta mengulas dakwaan anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Tengku Adnan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran dan sesi cabutan undi RUMAWIP Residensi Rimbunan di Putrajaya hari ini.
Anggota parlimen Segambut Lim Lip Eng sebelum ini menuntut penjelasan DBKL berhubung aplikasi KLCares yang didakwa gagal berfungsi dengan baik setengah tahun dilancarkan.
Semakan tiga hari lepas mendapati aplikasi KLCares yang bertujuan memudahkan aduan awam itu tidak dapat dimuat turun lagi di iPhone.
Walaupun masih tersedia untuk pengguna telefon Android, terdapat dakwaan berlaku kesukaran untuk log masuk.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selayang Yew Jia Haur juga membandingkan aplikasi itu dengan aplikasi Majlis Perbandaran Selayang yang menurutnya hanya memakan belanja RM27,000.
Sin Chew Daily melaporkan KLCares menelan belanja RM1 juta.
Sementara itu, Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya berkata pembangkang sebenarnya “gelisah” dengan setiap tindakan kerajaan.
"Kita tahu dia gelisah kerana semua ahli politik Umno, MCA, MIC, DPP di Wilayah Persekutuan ini bergerak merasa denyut nadi rakyat.
“Bukan macam dia (pembangkang), cakap bohong sahaja,"kata Tengku Adnan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment