Write For Us

PM: DAP menang pun tetap tak boleh tadbir kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini kagum dengan perwakilan MCA yang berusaha menerangkan kepada masyarakat Cina mengenai parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Beritahu komuniti Cina, DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan, realitinya pada PRU lepas mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan.
“Mereka tidak boleh buat yang terbaik dari PRU lepas, tak boleh, termasuk jika mereka buat dengan baik pun mereka tetap tak boleh tadbir kerajaan,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Agung MCA di ibu pejabat parti itu hari ini.
Sebaliknya, Najib berkata MCA hanya mempunyai tujuh kerusi parlimen dan masyarakat Cina boleh diwakili lebih baik dalam kerajaan jika MCA memenangi lebih banyak kerusi.
Najib berkata, beliau tetap memperuntukkan tiga jawatan Kabinet kepada MCA, walaupun parti itu hanya menyumbang 7 kerusi Parlimen pada PRU13.
“Sebab itulah kalau masyarakat Cina nak lebih lagi, tolong sokong BN lebih. Sekarang MCA ada tujuh ahli Parlimen sahaja, kalau 15 ahli Parlimen lebih kuat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment