Write For Us

PM umum Sukuk Prihatin, sukuk digital pertama di Malaysia

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
67 Views
Published
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan penerbitan Sukuk Prihatin di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA), yang merupakan sukuk digital pertama diperkenalkan di Malaysia.

Sukuk bernilai RM500 juta itu ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan boleh dilanggan melalui JomPAY atau/dan DuitNow yang boleh diakses melalui sistem perbankan atas talian.

Pelaburan minimum bagi Sukuk Prihatin adalah RM500 dan tiada had maksimum.

Menurut Muhyiddin, sukuk ini diterbitkan dengan tujuan agar orang awam dan sektor korporat dapat sama-sama terlibat dalam usaha memulihkan ekonomi negara dan hasil daripada sukuk ini akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Covid-19 bagi langkah-langkah pemulihan ekonomi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment