Write For Us

Polis akan terus siasat Siti Kasim - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, polis akan terus menyiasat peguam dan aktivis hak asasi, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.
Selain itu, Fuzi berkata, pihaknya juga akan memberi laporan kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang diarahkan.
"Kami akan hantar kertas (laporan), kita akan teruskan siasatan dan hantar kertas itu," katanya ketika ditemui pemberita di majlis hari raya di Bukit Aman hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita yang bertanya tentang laporan yang diminta Muhyiddin berhubung tangkapan terhadap Siti Kasim pada Ahad lalu.
Ditanya bila laporan berkenaan akan dihantar, Fuzi memberitahu tiada rangka masa untuk berbuat demikian.
"Kami akan lakukan sebaik mungkin untuk siapkan siasatan secepat mungkin," katanya ringkas.
Ahad lalu, Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 pagi atas dakwaan menghalang tugas penjawat awam susulan laporan polis oleh seorang wanita yang mendakwa peguam berkenaan melarikan anak perempuannya yang berusia 24 tahun pada Khamis lalu.
Wanita berkenaan dikatakan dilarikan ketika sedang menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang sebelum diselamatkan pasukan polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada Sabtu malam.
Polis kemudian membebaskan Siti Kasim setelah Mahkamah Kajang menolak permohonan reman terhadapnya.
Namun, polis masih menyiasat kes itu mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menculik serta menghalang tugas penjawat awam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment