Write For Us

Polis narkotik akan siasat Rizalman, kata Zahid

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan melakukan siasatan terhadap kes Ketua Bahagian UMNO Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di ibu negara, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Kita akan lakukan siasatan. Polis akan lakukan siasatan," kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita ketika ditanya mengenai kes berkenaan di sini, hari ini selepas merasmikan Minggu Halal Dunia.
- 'Saya diperangkap! Hanya minum kopi'
Terdahulu Rizalman yang mengadakan sidang media pagi tadi menafikan dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan dadah selepas ditahan di sebuah kelab hiburan di ibu negara, awal pagi Isnin lalu.
Rizalman dalam sidang media itu percaya dakwaan itu adalah satu perangkap yang bermotifkan politik bagi merosakkan nama baiknya, namun tidak tahu siapa yang melakukannya. - Bernama
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment